Tanggungjawab pembayar cukai dan sistem taksir sendiri / Rosidah Jamaluddin and Rosliza Abu Bakar

Jamaluddin, Rosidah and Abu Bakar, Rosliza (2004) Tanggungjawab pembayar cukai dan sistem taksir sendiri / Rosidah Jamaluddin and Rosliza Abu Bakar. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2004, 17-19 Disember 2004, Impiana Beach Resort, Cherating, Kuantan.

Abstract

Tanggungjawab seorang rakyat Malaysia sebagai pembayar cukai sering diabaikan oleh sesetengah golongan yang mempunyai pendapatan tetap. Sikap sambil lewa dan tidak ambil tahu tentang tanggungjawab ini menyebabkan banyak rakyat Malaysia yang tidak peka dengan tanggungjawab dan hak mereka sebagai pembayar cukai. Adalah penting untuk mempunyai pengetahuan tentang percukaian bagi memastikan setiap warganegara Malaysia mematuhi undang-undang dan peraturan cukai bagi mengelakkan diri dari sebarang cukai tambahan dan denda. Taksir Sendiri merupakan perubahan proses yang menyeluruh dari taksiran formal yang diamalkan sebelum ini. Di bawah Sistem Taksiran Formal, pembayar cukai dikehendaki melaporkan pendapatan didalam Borang Nyata Pendapatan, kembalikan borang tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan LHDN akan membuat taksiran. Notis akan dihantar kepada pembayar cukai dan berpandukan kepada cukai yang ditaksir, bayaran cukai akan dibuat. Di bawah Sistem Taksir Sendiri, pembayar cukai rnasih perlu mengemukakan Borang Nyata Pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagairnanapun, Notis Taksiran tidak akan di keluarkan kepada pembayar cukai. Sebaliknya, pembayar cukai dikehendaki mengira cukai mereka sendiri dan menjelaskan bayaran cukai sepenuhnya pada masa Borang Nyata Pendapatan di kemukakan (http://www.hasilnet.org.my).Di Malaysia, undang-undang cukai pendapatan diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53/67). Sesebuah transaksi mestilah merangkumi dibawah bidang pengenaan (scope of charge) cukai seperti yang diperuntukkan didalam Seksyen 3 Akta 1967. Jika tidak, tiada cukai dikenakan diatas transaksi tersebut. Mengikut Seksyen 3, cukai yang dikenali sebagai cukai pendapatankan dikenakan setiap tahun keatas pendapatan yang tertunggak atau didapati dari Malaysia dan diterima di Malaysia dari luar Malaysia. Dengan ini, setiap warga Malaysia yang berpendapatan samada yang berpenggajian atau bekerja sendiri mesti dikenakan cukai pendapatan. Oleh yang demikian setiap rakyat Malaysia tidak boleh tidak mesti melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pembayar cukai bagi meningkatkan pendapatan negara.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamaluddin, Rosidah
rosidah@pahang.uitm.edu.my
Abu Bakar, Rosliza
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance
H Social Sciences > HJ Public Finance > Tax collection. Taxpayer compliance
H Social Sciences > HJ Public Finance > Tax collection. Taxpayer compliance > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2004
Event Dates: 17-19 Disember 2004
Page Range: pp. 129-132
Keywords: Pembayar cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cukai pendapatan
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58353
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58353.pdf] Text
58353.pdf

Download (3MB)

ID Number

58353

Indexing

Statistic

Statistic details