Kesan inokulasi kulat Mikoriza Vesikular Arbuskular (MVA) dan baja kimia pada pokok nangka (Artocarpus heterophyllus) terhadap kandungan N,P,K,Ca dan Mg dalam tanah dan tisu daun nangka / Norman Kasiran and Zainal Abidin Abd. Aziz

Kasiran, Norman Haji and Abd. Aziz, Zainal Abidin (2005) Kesan inokulasi kulat Mikoriza Vesikular Arbuskular (MVA) dan baja kimia pada pokok nangka (Artocarpus heterophyllus) terhadap kandungan N,P,K,Ca dan Mg dalam tanah dan tisu daun nangka / Norman Kasiran and Zainal Abidin Abd. Aziz. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005, 13 -15 Disember 2005, UiTM PAHANG.

Abstract

Satu kajian tentang kesan inokulasi kulat Mikoriza Vesikular Arbuskular (MYA) dan kadar baja kimia yang berlainan ke atas pokok nangka (Artocarpus heterophyllus) telah dilakukan di tapak semaian dan di ladang. Empat peringkat inokulasi kulat MYA telah digunakan iaitu; (a) sekali di semaian, (b) lima kali dari semaian hingga ke ladang, (e) sekali di ladang dan (d) tanpa inokulasi sebagai kawalan. Setiap peringkat inokulasi kulat MVA dirawat dengan empat kadar baja yang berlainan iaitu; I) 100%; 2) 75%; 3) 50%; dan 4) 25%. Kajian melibatkan analisis kimia tanah dan tisu daun nangka untuk menentukan kandungan N, P, K, Ca dan Mg. Hasil kajian mendapati inokulasi kulat MYA adalah berbeza secara bererti (p<0.05) terhadap kandungan nutrien dalam tanah dan tisu daun nangka. Kandungan N,P,K,Ca dan Mg dalam tanah adalah terendah pada pokok nangka yang diinokulasi dengan kulat MYA iaitu 155.47 ugg-l N, 243.25 ugg-l P, 65.83 ugg-I K, dan 15.47 ugg-l Ca dan 44.92 f.tggI Mg. Walau bagaimanapun kandungan nutrien dalam tisu daun adalah yang tertinggi iaitu 184.79 ugg-l N, 74.99 f.tggI P, 200.27 ugg-l K, 89.90 ugg-I Ca dan 31.80 f.tgg1 Mg. Dari kombinasi antara beberapa peringkat inokulasi kulat MYA dan kadar baja yang berlaian, didapati pada rawatan inokulasi yang berterusan dari semaian hingga ke ladang (rawatan b), inokulasi sekali semasa di semaian (rawatan a) dan inokulasi sekali semasa di ladang (rawatan e), telah meneatatkan kandungan nutrien dalam tanah (N, P, K, Ca dan Mg) yang terendah pada kadar baja 25%. Manakala kandungan nutrien dalam tisu daun yang tertinggi ialah pada kadar baja 50%. Melalui kajian ini dapat dirumuskan bahawa, inokulasi kulat MYA dan kombinasi kadar baja 50% dapat meningkatkan kandungan nutrien dalam tisu daun nangka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kasiran, Norman Haji
UNSPECIFIED
Abd. Aziz, Zainal Abidin
UNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > Fertilizers and improvement of the soil
S Agriculture > SB Plant culture > Fruit trees
T Technology > TP Chemical technology > Chemicals
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005
Event Dates: 13 -15 Disember 2005
Page Range: pp. 18-31
Keywords: Mikoriza Vesikular Arbuskular (MYA), Pokok nangka (Artocarpus heterophyllus), Baja kimia
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58349
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58349.PDF] Text
58349.PDF

Download (4MB)

ID Number

58349

Indexing

Statistic

Statistic details