Abstract
Penggunaan tenaga elektrik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh mana-mana institusi. Pengurusan yang baik akan dapat memastikan bahawa jumlah tenaga elektrik yang perlu sahaja digunakan dan pembaziran dapat di kurangkan agar sumber dapat digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat. Tinjauan ini mendapati bahawa Kampus Jengka memperuntukkan hampir 7% daripada belanjawan untuk penggunaan tenaga elektrik iaitu sebanyak RMl,135,843.83 dalam tempoh 12 bulan yang dikaji.. Tinjauan ini juga mendapati bahawa jumlah penggunaan tenaga elektrik UiTM Kampus Jengka terus meningkat dari semester ke semester. Kertas kerja ini juga meneliti bagaimana taksiran penggunaan tanaga elektrik dibuat. Beberapa kes penggunaan tenaga elektrik juga dibincangkan untuk menggambarkan kesan penggunaan tersebut keatas jumlah kos yang perlu dibayar. Langkah-Iangkah penjimatan mudah yang boleh diambil oleh pihak pengurusan dan warga kampus juga dibincangkan. Daripada tinjauan ini didapati bahawa terdapat potensi yang besar untuk penjimatan. Walaubagaimanapun kajian lanjut harus dibuat untuk memperincikan corak penggunaan tenaga elektrik agar tindakan lebih tepat dan berkesan boleh diambil.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Badrul Hisham UNSPECIFIED Sulaiman, Nasharudin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electric power distribution. Electric power transmission |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2004 |
Event Dates: | 17-19 Disember 2004 |
Page Range: | pp. 115-122 |
Keywords: | Penjimatan, Tenaga elektrik, Pengurusan sumber |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58348 |