Budaya penyelidikan 'sifar': siapa harus dipersalahkan? / Azman Kasim, Azhan Hashim and Nazrah Jumhuri

Kasim, Azman and Hashim, Azhan and Jumhuri, Nazrah (2003) Budaya penyelidikan 'sifar': siapa harus dipersalahkan? / Azman Kasim, Azhan Hashim and Nazrah Jumhuri. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2003, 5-7hb Disember 2003, Holiday Villa Cherating, Kuantan.
Abstract

Kertas kerja ini melaporkan dilema yang mungkin berlaku terhadap pensyarah-pensyarah dan staf-staf akademik di institusi pengajian tinggi awam seperti di UiTM Kampus Jengka untuk melakukan aktiviti penyelidikan yang merupakan sebahagian dari tugasan hakiki. Kerja-kerja penyelidikan begitu sinonim dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memandangkan ianya merupakan tempat dimana banyak penemuan-penemuan barn dalam sesuatu bidang seperti bidang sains, teknologi dan bahan termaju dapat dihasilkan. Di institusi pengajian tinggi terdapat ramai pakar-pakar dan ilmuan dalam sesuatu bidang, maka sudah tentu banyak kajian-kajian penyelidikan yang telah dan akan dijalankan. Pada hakikatnya hanya segelintir sahaja yang berminat untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan manakala sebahagian lagi dikatakan tidak berminat untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan disebabkan oleh masalah tertentu. Maka kertas kerja ini akan meninjau beberapa kemungkinan yang berlaku sehingga berlaku senario penyelidikan 'sifar' di kalangan warga akademik serta syor-syor untuk menangani kemelut yang berlaku dengan lebih mendalam lagi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58310.PDF]
Text
58310.PDF
Download (5MB)
Indexing & Metrics