Abstract
Berlatih dengan sesuatu kemahiran yang relevan merupakan suatu aspek yang diperlukan dalam mengukur keupayaan dan pencapaian individu, kumpulan, organisasi dan negara. Latihan yang tepat dan baik bakal menyumbang kepada idea, kemahiran dan sikap kepada pembentukan negara bangsa yang berjaya dan unggul. Kebolehan seseorang pekerja akan diukur berpandukan kepada faktor tingkatan kemahiran yang mereka kuasai sama ada melibatkan peringkat rendah, sederhana atautinggi. Pekerja di peringkat rendah akan diberi penumpuan latihan secara sepenuhnya manakala pekerja peringkat atas memerlukan sedikit “autonomi” atau kebebasan dalam membangunkan kemahiran mereka ke peringkat yang tertinggi. Edisi Keempat mendefinisikan latihan sebagai pelajaran atau didikan untuk memahirkan, iaitu membiasakan yang cukup untuk menjalankan dan mengamalkan sendiri dalam bidang kerjaya. Oleh yang demikian, latihan merupakan suatu usaha yang teratur dalam pembelajaran dan pembangunan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran fizikal dan mental serta sikap berdasarkan pengalaman yang diperoleh untuk meningkatkan prestasi pekerjaan dengan lebih berkesan. Pengaruh kejayaan sesuatu latihan ke atas pencapaian amat berkait rapat dengan kualiti ilmu, kemahiran yang relevan dan sikap positif yang digarap dan dipersembahkan oleh setiap individu, kumpulan dan organisasi.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jafri, Fakrulnizam UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Developmental psychology. Including infant psychology, child psychology, adolescence, adulthood |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | idea, kemahiran, autonomi |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58296 |