Abstract
UiTM mensyaratkan jam keberadaan pensyarahnya di pejabat atau di kampus perlu cukup 38.5 jam seminggu. Bagi mengukur jam keberadaan pensyarah, mesin kad perakam waktu digunakan. Masalah yang timbul terhadap sistem ini adalah kesukaran para pensyarah juga pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengira jumlah jam keberadaan dengan tepat dan rasional. Ini kerana sistem kehadiran ini tidak dilengkapi dengan fungsi pengiraan jam keberadaan 38.5 jam seminggu. Di dalam kertas penyelidikan ini fungsi pengiraan jam keberadaan 38.5 jam seminggu diperkenalkan. Fungsi ini digunakan bagi menghasilan model sistem kehadiran yang baru juga prototaip sistem kehadiran berkomputer yang diberi nama UiTM Time Card Calculator. Algoritma fungsi pengiraan jam keberadaan 38.5 jam seminggu diuji menggunakan set data yang dicipta khusus untuk membuktikan ianya cekap dan mampu melaksanakan fungsi yang ditetapkan. Hasil pengujian mendapati ia berjaya menyelesaikan masalah pengiraan dan dapat memberi kelebihan membuat pengiraan dengan tepat dan rasional disamping mengutamakan masa keberadaan yang fleksibel. Dengan ini, diharap para pensyarah dapat menjaga kualiti serta integriti sebagai seorang pensyarah, dan algoritma ini dapat menjadi pencetus kepada kecemerlangan akademik di universiti.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Halim, Khairul Nizam khairulnizam.uitm@gmail.com |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Total quality management in education. Total quality management in higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014 |
Event Dates: | 28 Oktober 2014 |
Page Range: | pp. 9-15 |
Keywords: | Algoritma, Keberadaan, Pensyarah, Sistem kehadiran |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58207 |