Abstract
Latar Belakang: Pada 14 Jun 2019, Pameran One Over Two telah dirasmikan di Galeri Segaris Kuala Lumpur. Pameran miniprint yang dianjurkan buat kali kedua di Kuala Lumpur ini telah menarik ramai pengkarya yang mengamalkan teknik seni cetak untuk turut serta. Malahan tema
yang disampaikan juga adalah terbuka, hal ini telah telah memberi kebebasan pada para artisan untuk berkarya. Oleh itu didapati ada dari karya-karya yang dihasilkan lebih berbentuk pernyataan peribadi yang lebih mesra dan bahasa visualnya lebih mudah difahami. Objektif: Pameran ini telah berjaya menarik minat para pensyarah di UiTM Perak untuk turut serta dan mempamerkan karya masing-masing, oleh itu penulisan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam tentang karya-karya yang telah dihasilkan dan terpilih menyertai pameran tersebut serta untuk memahami maksud disebalik setiap karya yang terpilih. Method: Penulisan ini akan menggunakan kaedah kualitatif analisis isi di mana data yang dikaji akan ditulis dalam bentuk tema bagi setiap karya dengan maklumat yang memberi refleksi antara pengkaryaan dengan karyanya. Kesimpulan: Sesungguhnya para pensyarah Jabatan Seni Halus di UiTM Perak sentiasa bergerak aktif dalam lapangan dan kemahiran masing-masing walaupun dalam kesibukan tugas hakiki, penghasilan karya tidak boleh ditinggalkan kerana ia merupakan sebahagian daripada aktiviti kemahiran yang kemudiannya boleh dikongsikan bersama para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tahir, Azian UNSPECIFIED Muhamad, Noor A’yunni UNSPECIFIED Mohd Aripin, Nur Adibah Nadiah UNSPECIFIED Arshad, Mohd Fawazie UNSPECIFIED Razali, Rosmidahanim UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > NK Decorative arts N Fine Arts > NX Arts in general Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade > Bookselling and publishing > Special lines of business, > Art publishing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Volume: | 1 |
Keywords: | Pernyataan peribadi pencetak, Seni cetak Malaysia |
Date: | 1 September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58201 |