Abstract
Perpustakaan mempunyai peranan dan memberi sumbangan yang penting di dalam mewujudkan masyarakat berilmu. Apatah lagi peranan perpustakaan di dalam universiti amat memberi manfaat kepada penggunanya terutama pelajar dan juga para pensyarah untuk memperolehi sesuatu maklumat yang terkini dan lebih kompleks. Oleh itu sesebuah perpustakaan mestilah menyediakan mutu perkhidmatan yang terbaik disamping bahan rujukan yang bersesuaian dengan kehendak penggunanya. Dalam pada itu, persekitaran perpustakaan juga perlu dititik beratkan kerana ia mempengaruhi pengguna untuk mengunjungi perpustakaan . Kajian ini dibuat bagi mengkaji tahap kepuasan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Al- Bukhari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Responden bagi kajian ini adalah para pelanggan Perpustakaan AI-Bukhari yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi MARA Pahang. Kajian ini melihat tahap kepuasan pelanggan dari sudut layanan, masa, perkhidmatan, kemudahan dan bahan yang disediakan kepada para pelanggan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamed @ Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan faizalazrul@pahang.uitm.edu.my Ghazali, Mohd Samsuri msamsuri@pahang.uitm.edu.my Wahid, Normilia Abdul normilia@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014 |
Event Dates: | 28 Oktober 2014 |
Page Range: | pp. 1-8 |
Keywords: | Layanan, Masa, Perkhidmatan, Pelanggan, Perpustakaan |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58197 |