Abstract
Penggredan makmal merupakan satu daripada kaedah yang penting dalam membuat penilaian sesuatu keadaan makmal untuk mengenalpasti segala aspek dipatuhi. Penggredan makmal yang telah dilaksanakan di 8 makmal Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Pahang mulai awal tahun 2010 melibatkan 2 fasa penggredan iaitu pada Jun 2010 dan Oktober 2010 menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat peningkatan kepada gred yang lebih baik. Ini adalah melalui perbandingan penggredan Fasa 1 dengan Fasa 2. Penggredan makmal ini adalah berasaskan kepada 10 kriteria iaitu kebersihan, keselamatan, keseragaman, ruang, kemudahan pengguna, kekemasan susunatur, pengurusan, persekitaran, keceriaan dan persepsi/pematuhan. Daripada penilaian secara keseluruhan, 9 kriteria menunjukkan peningkatan, manakala 1 lagi kriteria menurun. Penggunaan SGredmal bagi kajian terhadap Fasa 1 dan Fasa 2 juga telah mencatatkan sebanyak 52.5 % peningkatan, 37.5% kekal dan 10% penurunan bagi penggredan semua kriteria bagi keseluruhan makmal FKA UiTM Pahang. Peningkatan disebabkan oleh penggredan ini yang menyatakan kelemahan melalui perbincangan, laporan, gambar, markah dan gred yang mana dapat membantu kepada pembetulan dan penambahbaikan. Semoga penggredan makmal dapat terus diperluaskan penggunaanya memandangkan makmal merupakan salah satu keperluan utama pendidikan terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Saim, Noraida aidams2000@pahang.uitm.edu.my Alias, Rohaya UNSPECIFIED Muftah, Fadhluhartini UNSPECIFIED Mohsan, Nor Maslina UNSPECIFIED Mohd Sani, Mohd Syahrul Hisyam UNSPECIFIED Bachok, Mohd Fairuz UNSPECIFIED Osman, Ahmad Rasidi UNSPECIFIED Jaafar, Mohd Risham UNSPECIFIED Wan Abdullah, Wan Zukri UNSPECIFIED Omar, Norizah UNSPECIFIED Mohd Noor, Nur Asmaliza UNSPECIFIED Khalid, Khairi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010 |
Event Dates: | 8-9 Disember 2010 |
Page Range: | pp. 231-239 |
Keywords: | Keberkesanan, Penggredan, Makmal |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58180 |