Abstract
Kemahiran teknologi merupakan satu kemestian bagi pelajar-pelajar di universiti dewasa ini. la merupakan salah satu kemahiran insaniah yang perlu dieksploitasikan oleh pelajar-pelajar bagi membantu mereka mengasah bakat dalam bidang komunikasi yang menggunakan alat bantu visual untuk pembentangan yang berkesan. Satu kajian ringkas telah dibuat terhadap 162 orang pelajar tahun akhir dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan walaupun responden mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang menggunakan Powerpoint dalam pembentangan, namun masih terdapat responden yang tidak dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka dengan betul ketika membuat pembentangan. Ini menandakan bahawa responden masih kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengeksploitasi kemahiran pembentangan dalam tugasan mereka. Justeru, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran menggunakan alat bantu visual berasaskan teknologi mesti diketengahkan untuk memastikan pelajar-pelajar menjadi kreatif dan inovatif dalam menghasilkan pembentangan kertas kerja yang cemerlang. Adalah diharapkan cadangan serta garis panduan yang diberikan dapat membantu para pelajar dalam menyiapsiagakan diri untuk menjadi bakal graduan yang berkualiti, berdaya saing serta berkeyakinan tinggi sebelum menempuh alam pekerjaan nanti.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Nor Hidayatun norhidayatun@pahang.uitm.edu.my Harun, Norlaili norlaili@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010 |
Event Dates: | 8-9 Disember 2010 |
Page Range: | pp. 168-180 |
Keywords: | Kemahiran teknologi, Kemahiran insaniah, Program Powerpoint, Inovatif, Graduan |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58145 |