Kajian terhadap literasi komputer di kalangan siswa-siswi UiTMKS / Siti Rokayah Mohd. Nawawi … [et.al.].

Mohd. Nawawi, Siti Rokayah and Robert Tasser, Patricia and Balan, Dino and Sabek, Michael and Sakawi, Mohammad Zulkaria (2000) Kajian terhadap literasi komputer di kalangan siswa-siswi UiTMKS / Siti Rokayah Mohd. Nawawi … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membentangkan kajian berkenaan dengan literasi komputer di kalangan siswa-siswi Universiti Teknologi MARA , Kampus Samarahan Sarawak. Untuk mencapai matlamat tersebut, seramai 150 orang responden dipilih. Mereka ini adalah antara pelajar yang terpilih daripada setiap kursus di Universiti Teknologi MARA , Kampus Samarahan. Antara hipotesis yang diuji dalam kajian ini ialah berkaitan dengan sikap para pelajar terhadap matapelajaran komputer, tahap pemahaman , pengetahuan dan kemahiran pelajar yang berasal dari luar bandar terhadap penggunaan komputer dan perhubungan antara latarbelakang keluarga dengan pencapaian akademik. Antara kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan analisa data ialah temuduga, pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik. Kajian ini mendapati bahawa tahap pemahaman, pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam penggunaan komputer adalah sederhana dan antara punca yang menyebabkan masalah kurangnya pemahaman, pengetahuan dan kemahiran menggunakan komputer di kalangan para pelajar ialah sikap pelajar itu sendiri dan kurangnya pendedahan dalam aspek perkomputeran, Didapati pula bahawa pelajar yang mempunyai komputer peribadi mampu menguasai dan menggunakan komputer dengan baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58133.pdf]
Text
58133.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics