Abstract
Universiti bukan sahaja bertungsi melahirkan produk graduan yang cemerlang dari sudut akademik, tetapi juga berperanan sebagai plattorm penerapan ciri-ciri kepimpinan melalui kewujudan kelab dan persatuan yang bernaung dibawahnya. Kelab dan persatuan merupakan aset sesebuah universiti dalam melahirkan pelajar yang lengkap dengan pengalaman dan kemahiran kepimpinan. Latihan kepimpinan diperoleh dengan keterlibatan pelajar secara langsung dalam pengurusan sesuatu kelab ataupun persatuan melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun bersesuaian dengan misi dan visi penubuhannya. Bakat kepimpinan yang ada dalam diri seseorang pelajar mampu digilap dengan keterlibatan mereka dalam penguiusan kelab/ persatuan. Kebolehan mengurus, membuat keputusan, bertindak sebagai penggerak dan bekerjasama sesama ahli persatuan akan memberi pengalaman ber- harga sebagai persediaan untuk bergelar pemimpin. Sudah tentu tidak ramai yang mampu untuk melakukannya buat kali pertama apabila menyertai kelab/persatuan tetapi konsep belajar melalui pengalaman adalah amat penting kerana pelajar akan mempelajari seni kepimpinan itu secara ber- peringkat melalui proses semulajadi yang bakal mematangkan mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Ghalim, Shahril Anuar UNSPECIFIED Mohd Shah, Nurul Nisha UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Persatuan, Kelab, Pemimpin Negara |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58126 |