Mengoptimumkan sistem tenaga hibrid keterbaharuan melalui pemuliharaan alam sekitar / Syamsyir Akmal Senawi …[et al.]

Senawi, Syamsyir Akmal and Mohd Nor, Badrul Hisham and Wan Razali, Wan Aizudin and Sulaiman, Nasharudin and Kasim, Azman (2010) Mengoptimumkan sistem tenaga hibrid keterbaharuan melalui pemuliharaan alam sekitar / Syamsyir Akmal Senawi …[et al.]. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010, 8-9 Disember 2010, UiTM PAHANG.

Abstract

Proses mengoptimumkan sistem tenaga hibrid keterbaharuan adalah melibatkan proses pemilihan komponen yang terbaik serta mensaizkan sesuatu sistem berdasarkan kecekapan, keandalan, dan kos yang efektif. Bekalan sumber yang semakin terhad, konflik harga yang menghambat, kesan rumah hijau, pertambahan penduduk dan malapetaka yang kerap melanda telah menyebabkan masyarakat dunia mencari penyeselaian yang kukuh bagi memastikan kesinambungan penggunaan tenaga yang kian meningkat. Dalam menepati tema permasalahan tenaga yang sedang mengancam dunia pada hari ini maka sistem hibrid keterbaharuan dilihat sebagai alternatif sebagai sumber pilihan terutamanya dikawasan pedalaman. Kajian yang dilakukan ini akan meneroka kepentingan untuk mengurangkan jumlah gas rumah hijau yang terhasil daripada sistem hibrid yang dipilih sebagai menyahut seruan Protokol Kyoto yang telah dimuktamadkan pada Disember 1997. Dalam masa yang sama pengurangan kos penghasilan tenaga berdasarkan pecahan tenaga keterbaharuan yang ideal, haruslah diperoleh bagi memastikan kesinambungan pembekalan tenaga yang berterusan. Maka perbincangan akan terarah bagi menjawab bagaimanakah pertambahan nilai saiz sistem hibrid dapat dimaksimakan dengan mengoptimumkan pecahan tenaga keterbaharuan dalam mengurangkan penghasilan gas rumah hijau yang menjadi punca utama kepada pemanasan global pada kos penghasilan tenaga yang terendah. Oleh yang demikian kertas ini akan membincangkan cadangan bagi mencapai penghasilan karbon dioksida dan kos penghasilan tenaga yang minima dan ideal. Merujuk kepada simulasi yang dilakukan, pengurangan gas Karbon Dioksida dapat dicapai sehingga 16.3 % pada kos penghasilan tenaga yang ideal dan optimum berbanding sistem yang hanya menggunakan generator diesel sahaja.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Senawi, Syamsyir Akmal
syamsyir@pahang.uitm.edu.my
Mohd Nor, Badrul Hisham
UNSPECIFIED
Wan Razali, Wan Aizudin
UNSPECIFIED
Sulaiman, Nasharudin
UNSPECIFIED
Kasim, Azman
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental pollution
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental effects of industries and plants
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Gases. Flue gases
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010
Event Dates: 8-9 Disember 2010
Page Range: pp. 106-115
Keywords: Pecahan tenaga keterbaharuan, Gas rumah hijau, Karbon Dioksida, Homer, Kos penghasil tenaga
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58084
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58084.PDF] Text
58084.PDF

Download (4MB)

ID Number

58084

Indexing

Statistic

Statistic details