Kepuasan dalaman - ganjaran terhadap aktiviti inovasi / Suhaimi Muhammed

Muhammed, Suhaimi (2010) Kepuasan dalaman - ganjaran terhadap aktiviti inovasi / Suhaimi Muhammed. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010, 8-9 Disember 2010, UiTM PAHANG.
Abstract

Slogan Malaysia lnovatif telah dilancarkan pada awal tahun 2010. Senario budaya inovatif dan kreatif telah mewarnai negara Malaysia dan usaha padu telah digembelingkan dan digerakkan bagi mempastikan agenda negara ini mencapai kejayaan yang amat bermakna. Terpanggil untuk menyahut usaha murni ini, saya tampil untuk menulis kertas kerja ini dengan harapan agar sebahagian aktiviti inovasi dapat diketengahkan, pencapaian dan pengiktirafan pada peringkat tempatan dan antarabangsa dinyatakan dengan harapan agar menjadi suntikan semangat dalam usaha kiLa menyemarakkan lagi aktiviti inovasi dan kreativiLi hingga menjadi budaya warga akademik bagi mengharumkan lagi nama universiti ini (UiTM), tempat kita mencurahkan bakti. Namun, pencapaian melalui anugerah pingat bukanlah matlamat yang menjadi sandaran tetapi apa yang lebih bermakna adalah apabila usaha kiLa itu mendapat pengiktirafan oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa. Hati kita akan rasa tenteram, dada kita rasa lapang dan kita akan memperolehi kepuasan dalaman.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 58078.PDF]
Text
58078.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics