Pembangunan akhlak mahasiswa menerusi modul latihan pembudayaan ilmu: Satu keperluan di UiTM Pahang / Norhapizah Mohd Burhan, Norzie Diana Baharum and Musramaini Mustapha

Mohd Burhan, Norhapizah and Baharum, Norzie Diana and Mustapha, Musramaini (2010) Pembangunan akhlak mahasiswa menerusi modul latihan pembudayaan ilmu: Satu keperluan di UiTM Pahang / Norhapizah Mohd Burhan, Norzie Diana Baharum and Musramaini Mustapha. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010, 8-9 Disember 2010, UiTM PAHANG.

Abstract

Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menanam hasrat yang tinggi untuk melahirkan mahasiswa berdaya saing, proaktif, memiliki dan mengamalkan nilai-nilai positif dan mampu mencorakkan kecemerlangan sesebuah institusi. Kecemerlangan negara juga didorong oleh tahap guna tenaga mahasiswa yang efektif dan cemerlang di dalam semua aspek. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal. Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran perlu menitikberatkan kepada empat domain utama iaitu kognitif, psikomotor, afektif dan sosial di dalam hasil pembelajaran. Walaubagaimana pun sistem pendidikan pada hari ini lebih terarah kepada kemahiran kognitif dan psikomotor. Manakala domain afektif dan sosial kurang dititikberatkan lalu menyebabkan produk sistem pendidikan kini atau modal insan yang dibentuk tidak seimbang. Kelemahan hasil ketidakseimbangan ini dapat disaksikan melalui budaya kampus di Universiti Teknologi Mara Pahang. Walaupun pencapaian akademik sebahagian mahasiswa berada di tahap yang membanggakan, namun budaya menepati masa hadir ke dewan kuliah merupakan antara elemen yang kurang dititikberatkan oleh sesetengah mahasiswa di Universiti Teknologi Mara Pahang. Kertas konsep ini memfokus kepada teknik memberi latihan kepada pelajar agar mereka lebih menepati masa. Ianya turut mencadangkan agar kaedah peneguhan dan hukuman berasaskan aktiviti-aktiviti pembudayaan ilmu diaplikasikan dikalangan pelajar yang sering melakukan kesalahan tatatertib ini. Mekanisma ini secara tidak langsung dapat membantu menerapkan kemahiran insaniah teras keenam iaitu etika dan moral profesional serta teras keempat iaitu pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat. Melalui hukuman pembacaan buku dan pembentangan hasil bacaan tersebut, budaya ilmu dapat disemarakkan lantas memaksimumkan keupayaan minda para pelajar yang terlibat.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Burhan, Norhapizah
izahuiaum@pahang.uitm.edu.my
Baharum, Norzie Diana
UNSPECIFIED
Mustapha, Musramaini
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational psychology > Formal discipline. Transfer of training
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2010
Event Dates: 8-9 Disember 2010
Page Range: pp. 65-77
Keywords: Akhlak, Pembangunan akhlak, Latihan, Ilmu
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58072
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58072.PDF] Text
58072.PDF

Download (4MB)

ID Number

58072

Indexing

Statistic

Statistic details