Akhlak asas etika ejen Takaful / Norlela Kamaluddin

Kamaluddin, Norlela (2018) Akhlak asas etika ejen Takaful / Norlela Kamaluddin. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Ejen mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting bagi memastikan proses berkaitan sijil takaful bagi pihak p eserta dan pengendali takaful sentiasa telus dan betul seperti yang diterangkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013): “ejen takaful sebagai seorang yang mensolisit atau mendapatkan cadangan bagi sijil takaful, menawarkan atau mengambil alih dalam merundingkan sijil takaful atau melakukan apa-apa tindakan lain berhubung dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan suatu sijil takaful bagi pihak pengendali takaful”. Bagi memantapkan peranan dan tanggungjawab tersebut, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah memperuntukan beberapa panduan tatakelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap ejen yang mempromosikan takaful (IBFIM, 2010). Tetapi menjadi lumrah alam bahawa manusia tidak pernah sunyi daripada membuat khilaf, begitu juga dengan segelintir d aripada ejen. Antara rungutan yang dibuat oleh peserta tentang ejen adalah mengenai kesilapan mereka dalam memberikan penerangan mengenai perlindungan takaful atau perkhidmatan yang tidak memuaskan (Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful Berhad, 2014).

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58010.pdf] Text
58010.pdf

Download (4MB)

ID Number

58010

Indexing

Statistic

Statistic details