Amalan sedekah dan derma / Muallim Mohd Bakri

Mohd Bakri, Muallim (2018) Amalan sedekah dan derma / Muallim Mohd Bakri. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban.

Abstract

Bersedekah dan amalan derma merupakan satu perbuatan yang dipandang mulia di dalam agama Islam. Bersedekah juga merupakan amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malahan amalan yang mulia ini juga tidak hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga digalakkan melakukannya menurut kadar kemampuan masing-masing. Sesungguhnya sedekah dan amalan derma atau membelanjakan harta pada jalan-jalan kebajikan dan kebaikan adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan mengumpul pahalaNya. Perkara ini telah jelas wujud di dalam beberapa tirman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW. Di antara tirman dan hadis berikut adalah : Firman Allah SWT dalam Surah al- Baqarah ayat 272 yang bermaksud : “Dan segala barang baik yang kamu belanjakan itu adalah untuk diri kamu sendiri. dan kamu membelanjakannya itu hanya untuk menempa keredhaan Allah. dan segala barang-barang baik yang kamu belanjakan itu akan dibalas kepada kamu. sedang kamu tiada akan dirugikan."

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57947.pdf] Text
57947.pdf

Download (5MB)

ID Number

57947

Indexing

Statistic

Statistic details