Processed foods in al-Sahihain and its division according to fiqh al-Hadith / Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad and Zulkifli Mohd Yusoff

Izham, Siti Sarah and Ahmad, Khadher and Mohd Yusoff, Zulkifli (2017) Processed foods in al-Sahihain and its division according to fiqh al-Hadith / Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad and Zulkifli Mohd Yusoff. Jurnal Intelek, 12 (2): 3. pp. 17-28. ISSN 2682-9223

Abstract

Makanan memainkan peranan yang sangat besar dalam sesebuah kehidupan. Kepentingan makanan sangat dititik beratkan dalam Islam. Ini dapat dilihat menerusi kalam Allah dan juga hadith Nabi s.a.w. Bahkan jika dilihat dalam hadith Nabi s.a.w. menerusi kitab al-sahihain akan didapati bab khas yang membicarakan berkaitan makanan iaitu bab makanan dan minuman. Menurut M. Quraish Shihab, makanan terbahagi kepada tiga iaitu nabati, haiwani dan olahan. Makanan nabati ialah makanan yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan, makanan haiwani ialah makanan yang bersumberkan haiwan manakala makanan olahan adalah makanan yang melalui proses pengolahan daripada bahan asal. Perbincangan mengenai makanan dalam hadith sering dilakukan dan terhenti pada perbincangan makanan nabati dan makanan haiwani. Ini menjadikan kategori makanan olahan kurang diketahui dan diperbincangkan. Justeru itu, kajian ini berperanan membincangkan secara tuntas berkaitan permasalahan ini iaitu dari sudut kefahaman sebenar berkaitan makanan olahan dan jenis-jenis yang terdapat dalam hadith. Penyelidikan ini menggunakan metode kajian perpustakaan (library research) sepenuhnya. Manakala analisis dilakukan berdasarkan hadith-hadith yang terdapat dalam al-sahihain dan juga fakta-fakta sains. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh belas makanan olahan dalam hadith. Kajian ini dapat memberi pendedahan yang baru dalam soal makanan iaitu berkaitan makanan olahan yang terdapat dalam hadith Nabi s.a.w.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Izham, Siti Sarah
UNSPECIFIED
Ahmad, Khadher
UNSPECIFIED
Mohd Yusoff, Zulkifli
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna
T Technology > TP Chemical technology > Food processing and manufacture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 2682-9223
Volume: 12
Number: 2
Page Range: pp. 17-28
Keywords: Food, hadith, processed food, nabati, haiwani
Date: December 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57905
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57905.pdf] Text
57905.pdf

Download (397kB)

ID Number

57905

Indexing

Statistic

Statistic details