Abstract
Pekerja sektor awam dan swasta pada zaman kini terdedah kepada pelbagai cabaran bukan hanya daripada sudut fizikal bahkan juga mental. Cabaran daripada aspek fizikal dapat dilihat jelas dengan mata kasar seperti kekangan kewangan, tempat kerja yang jauh dari tempat tinggal. kesesakan lalu lintas yang terpaksa ditempuh saban hari penstrukturan semula syarikat yang menyebabkan perubahan pada hieraki sedia ada yang seterusnya menyumbang kepada perubahan tanggung jawab dan tugas sehari- an dan sebagainya. Namun sebenarnya ter- dapat cabaran yang lebih hebat daripada itu iaitu daripada aspek mental. Cabaran daripada aspek mental ini seperti tekanan di tempat kerja, suasana di tempat kerja yang tidak harmoni. konflik antara perseorangan dan sebagainya. Cabaran mental ini sebenarnya lebih kuat kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dikesan apabila situasi telah menjadi buruk. Jika keadaan ini tidak ditangani dengan berkesan maka masalah yang lebih besar boleh timbul dan suasana kerja yang harmoni tidak dapat diwujudkan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Shah, Nurul Nisha UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion > Emotion B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion > Emotional intelligence. Emotional intelligence testing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | ACIS, Kecerdasan emosi, Emotional Equotient (EQ) |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57901 |