Abstract
Penyelidikan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap keperluan dan tingkah laku maklumat elektronik di kalangan pengguna Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan tingkah laku maklumat elektronik, tahap kepuasan pengguna berkenaan pencarian maklumat elektronik, sumber-sumber maklumat elektronik yang digunakan oleh pengguna Perpustakaan Raja Tun Uda, meyelidik kemahiran maklumat serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penggguna apabila melakukan pencarian maklumat secara elektronik. Daripada 50 set borang soal selidik yang diedarkan, 49 daripadanya telah dikembalikan. Penemuan utama dalam penyelidikan ini adalah keperluan pengguna yang tinggi terhadap maklumat berbentuk elektronik seperti dalam format CD-ROM, OPAC, pangkalan data atas talian, e-mel, enjin pencarian, dan sebagainya. Kebanyakan pengguna mempunyai tingkah laku pencarian yang terancang dengan membuat persediaan dan perancangan bagi memastikan pencarian maklumat secara elektronik menghasilkan keputusan yang tepat. Enjin pencarian merupakan sumber maklumat elektronik utama pengguna.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Moktar, Mohd Nizam 99101673 |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Public libraries Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Information services. Information centers Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Electronic information resources Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) > Electronic information resource searching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat |
Keywords: | Keperluan Maklumat, Tingkah Laku Pencarian Maklumat Elektronik, Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57721 |
Download
57721.PDF
Download (1MB)