Abstract
Rancangan perniagaan ialah satu pelan induk yang menggambarkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Syarikat Bumijaya menjalankan perniagaan stesen minyak yang menggunakan sistem francais. Melalui sistem francais ini, sesuatu perniagaan diberikan hak atau kebenaran oleh firma induk untuk menjalankan pemiagaan dengan menggunakan format perniagaan yang diperkenalkan oleh firma induk.
Keuntungan yang diperolehi daripada sistem francais tidaklah begitu banyak tetapi ia mempunyai kadar jualan yang agak terjamin berbanding dengan perniagaan lain sebaik sahaja memasuki pasaran kerana sudah dikenali ramai. Terdapat 4 unsur penting di dalam rancangan perniagaan ini iaitu rancangan pentadbiran, rancangan pemasaran, rancangan operasi dan rancangan kewangan yang menerangkan pelan tindakan yang akan diambil untuk mencapai objektif pemiagaan, kaedah untuk melaksanakannya dan juga kawalan ke atas perniagaan yang dapat mempastikan penyelewengan atau kesilapan tidak akan berlaku. Di antara semua strategi yang dinyatakan, strategi pemasaran perlu diberikan keutamaan begitu juga kewangan. Ini kerana rancangan perniagaan tidak akan tercapai tanpa strategi pemasaran yang teratur. Begitu juga dengan kewangan, di mana anggaran yang dibuat penting untuk membolehkan kita mengetahui dan mengganggar sumber, jumlah masa dan wang atau pendapatan yang diterima dan meramalkan jumlah wang dan masa yang diperlukan untuk pembayaran.
Metadata
Item Type: | Entrepreneurship Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan, Hazlina UNSPECIFIED Mohamad Najib, Nor Idayu Shafiza UNSPECIFIED Ahmad Zubir, Nurdiana UNSPECIFIED Md. Satar, Mas Norashikain UNSPECIFIED Amauddin, Aida Farizan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Service industries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Keywords: | Syarikat BUMIJAYA, stesen minyak, sistem francais |
Date: | 25 March 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57642 |
Download
57642.pdf
Download (147kB)