Kepimpinan pengurusan prestasi pensyarah: lonjakan pengantarabangsaan melalui e-PPrest / Muzamil Mustaffa and Sarina Hashim

Mustaffa, Muzamil and Hashim, Sarina (2008) Kepimpinan pengurusan prestasi pensyarah: lonjakan pengantarabangsaan melalui e-PPrest / Muzamil Mustaffa and Sarina Hashim. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan kepimpinan pengurusan prestasi pensyarah amnya dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) khususnya melalui pendekatan aplikasi e-PPrest (elektronik Penilaian Prestasi). LPPT adalah hanya sebahagian daripada sistem pengurusan prestasi. Secara keseluruhannya pengurusan prestasi melibatkan satu proses komunikasi secara berterusan, kerjasama berpasukan antara pihak pengurusan dan kakitangan yang melibatkan pemahaman dan jangkaan yang jelas tentang keperluan tugas, pencapaian, mengekal, menambahbaik atau membangunkan prestasi kakitangan, bagaimana pengukuran prestasi dan mengenal pasti kekangan kepada pencapaian prestasi dan penyelesaiannya. Pengurusan prestasi mempunyai beberapa pendekatan utama iaitu pengurusan secara objektif, penarafan (rating), kedudukan (ranking), maklum balas 360°, naratif dan aplikasi teknologi. Dalam kepimpinan pengurusan prestasi pensyarah ini, dicadangkan elemen-elemen yang telah sedia diguna pakai dalam penambahbaikan sistem Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang harus diambil kira untuk menunjukkan pencapaian prestasi sebenar. Elemen-elemen tersebut ialah pengajaran, penyeliaan, penyediaan port folio pengajaran dan fail kursus, e-LEva, pengemaskinian D 'exPert dan PRISMa, aktiviti Penasihat Akademik, kajian semula pengurusan, sistem mentor bagi pensyarah, mengikuti latihan sebanyak 56 jam setahun. Aktiviti pembangunan pelajar dan khidmat masyarakat. Aplikasi e-PPrest ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan dibahagikan kepada dua modul iaitu pengajaran dan penyelidikan. Melalui aplikasi e-PPrest elemen-elemen di atas akan dilakukan pengesanan untuk memberikan output. Output ini adalah selari dengan penilaian secara objektif seperti dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Secara tidak langsung petunjuk prestasi utama juga boleh diukur. Output ini akan diterjemahkan kepada penilaian secara penarafan iaitu yang terdapat dalam LPPT. Dengan mengambilkira pendekatan yang holistik, perlaksanaannya akan memberi manfaat kepada semua pihak di UiTM Pahang iaitu pengurusan tertinggi. Bahagian Pentadbiran, Unit Kualiti dan Pengembangan Ilmu (lnQKA), Unit Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (iLQaM), Unit Penerbitan Universiti (UPENA), Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), pasukan audit dalam, kakitangan keseluruhannya, pelajar malah persekitaran. Aplikasi e-PPrest mampu menyelesaikan masalah ketidakpuashatian di kalangan pensyarah dalam sistem pengurusan prestasi, menyokong objektif UiTM Pahang dan meningkatkan moral dan produktiviti pensyarah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mustaffa, Muzamil
mmuzamil@pahang.uitm.edu.my
Hashim, Sarina
hsarina@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > College and university teachers
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Page Range: pp. 171-194
Keywords: Laporan Penilaian Prestasi Tahunan, Pengurusan prestasi, Sasaran Kerja Tahunan, UiTM Pahang
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57564
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57564.PDF] Text
57564.PDF

Download (7MB)

ID Number

57564

Indexing

Statistic

Statistic details