Aktiviti RMU Pahang ke arah Universiti Penyelidikan / Haslizaidi Zakaria

Zakaria, Haslizaidi (2008) Aktiviti RMU Pahang ke arah Universiti Penyelidikan / Haslizaidi Zakaria. In: Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2008, 30 – 31 Disember 2008, UiTM PAHANG.
Abstract

Salah satu amanat Dato' Seri Naib Canselor UiTM di dalam majlis pelancaran Research Management Institut (RMI) ialah menjadikan UiTM sebuah universiti penyelidikan pada tahun 2010. Oleh itu Research Management Unit atau Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) UiTM Pahang telah merancang beberapa strategi untuk menyemarakkan lagi penyelidikan di kalangan pensyarah. Di antara aktiviti yang telah dirangka ialah mengadakan Bengkel Dana Kecemerlangan, Bengkel Penulisan Jurnal Antarabangsa, mengemaskini laman web RMU, mengenalpasti hasil-hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan, melancarkan Anugerah Penulisan Jurnal pada hari kualiti setiap tahun dan menyediakan laporan tahunan RMU sebagai makluman kepada warga kampus UiTM Pahang. Adalah diharapkan melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang akan dapat memberi kesedaran kepada para pensyarah UiTM Pahang untuk mengambil bahagian secara lebih aktif dalam penyelidikan dan penerbitan antarabangsa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57558.PDF]
Text
57558.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics