Abstract
Salah satu amanat Dato' Seri Naib Canselor UiTM di dalam majlis pelancaran Research Management Institut (RMI) ialah menjadikan UiTM sebuah universiti penyelidikan pada tahun 2010. Oleh itu Research Management Unit atau Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) UiTM Pahang telah merancang beberapa strategi untuk menyemarakkan lagi penyelidikan di kalangan pensyarah. Di antara aktiviti yang telah dirangka ialah mengadakan Bengkel Dana Kecemerlangan, Bengkel Penulisan Jurnal Antarabangsa, mengemaskini laman web RMU, mengenalpasti hasil-hasil penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersilkan, melancarkan Anugerah Penulisan Jurnal pada hari kualiti setiap tahun dan menyediakan laporan tahunan RMU sebagai makluman kepada warga kampus UiTM Pahang. Adalah diharapkan melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancang akan dapat memberi kesedaran kepada para pensyarah UiTM Pahang untuk mengambil bahagian secara lebih aktif dalam penyelidikan dan penerbitan antarabangsa.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Haslizaidi haslizaidi@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > College and university teachers L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2008 |
Event Dates: | 30 – 31 Disember 2008 |
Page Range: | pp. 147-156 |
Keywords: | Aktiviti, Strategi, RMU |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57558 |