Abstract
Sistem Pengurusan Kualiti [SO 9001 :2000 telah mula diamalkan bermula pada 2005 dan sehingga ke hari ini, pengamalannya sentiasa ditambahbaik melalui pelbagai kaedah dan pendekatan melalui pelbagai cadangan penambahbaikkan. Peranan pasukan Audit Dalam UiTM Pahang merangka dan melaksanakan Audit Dalam dengan memberikan cadangan penambahbaikkan terhadap aspek ketidakpatuhan dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan penambahbaikkan yang berterusan khususnya dari aspek kemudahan serta operasi yang dijalankan. Kertas kerja ini akan memberi gambaran sebenar pencapaian UiTM Pahang dalam pengamalan Sistem Pengurusan Kualiti 1S0 9001:2000 dalam tempoh tiga tahun (2005 2008). Analisis penemuan audit dan cadangan penambahbaikkan diambil dari setiap pelaksanaan Audit Dalam yang dilaksanakan bagi memberikan gambaran sebenar pencapaian UiTM Pahang dalam pengamalan kualiti ini. Berdasarkan kepada analisis dan cadangan yang diberikan, satu rangka kerja penambahbaikkan berterusan akan dihasitkan bertujuan untuk mempertingkatkan kepimpinan kakitangan akademik dan UiTM Pahang secara amnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, inovasi, penerbitan serta penyelidikan yang menjadi asas utama kepada kecemerlangan sesebuah universiti sama ada bertarafdunia mahupun status apex yang mula diamalkan di negara kita.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Aziz, Mohd Norafizal mnorafizal@pahang.uitm.edu.my Hashim, Hasnizawati hasnizawati@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Ratings and rankings. Evaluation and ranking of universities and colleges |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 1-11 |
Keywords: | Audit dalam, ISO 9001:2000, Sistem pengurusan kualiti |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57520 |