Tinggalan adat Melayu di bumi Jepun / Rofiza Aboo Bakar

Aboo Bakar, Rofiza (2021) Tinggalan adat Melayu di bumi Jepun / Rofiza Aboo Bakar. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki’ karya Profesor Dr. Mat Rofa Ismail mencuri perhatianku. Kalau ditinjau, nama penulis sudah dekat sekali dengan namaku, ‘Rofi’. Namun, siapalah aku jika dibandingkan dengan penulis itu yang tinggi budinya apatah lagi ilmunya. Buku ini sudah kubaca beberapa kali tapi belum berkesempatan menghabiskannya. Ianya adalah travelog beliau di bumi Turki demi mengumpul artifak-artifak Melayu yang entah bagaimana berada dan dijual di pasar-pasar Turki seperti barang kurang berharga sahaja layaknya. Ya...hanya jauhari mengenal manikam. Aku bukan ingin mengupas tentang isi buku tersebut tetapi tajuknya itu memberikan aku seakan semangat untuk menulis tentang beberapa tinggalan adat Melayu di bumi Jepun. Ceritanya bermula begini.
Suatu hari di akhir bulan Disember 2020, aku telah dipanggil oleh Profesor Rektor Ts. Dr. Salmiah Kasolang dan ditugaskan untuk membuat lawatan hormat ke Konsulat Jepun yang berada di Pulau Pinang. Hasrat beliau murni, iaitu untuk aku dan ahli-ahli APB memulakan langkah berkenal-kenalan sambil mencari peluang penyelidikan yang mungkin boleh diwujudkan dengan perkenalan tersebut. Aku juga diarahkan untuk mewujudkan sebuah program antarabangsa yang boleh menonjolkan ketampakan UiTM Cawangan Pulau Pinang di mata dunia sambil mencapai ‘Performance Indicator’ yang ditetapkan universiti. Oleh kerana ianya perlu dilakukan serba pantas dan mengambilkira faktor kita masih berada di waktu pandemik yang membataskan begitu banyak perkara, maka hanya tiga ahli APB, termasuk aku, dibenarkan membuat lawatan ke Konsulat Jepun pada hari Jumaat, 8 Januari 2021. Dalam perbincangan ringkas tapi penuh bermakna, Tuan Yang Terutama Kanoya Shinichiro bersetuju untuk memberi ucapan dalam program ‘Japanese Meet Malays: When Languages and Cultures Dance Together’ yang diadakan kira-kira tiga minggu selepas itu iaitu pada 27 Januari 2021. Dalam masa yang singkat, tenaga beberapa ahli jabatan telah digembleng dan kami bekerja siang dan malam untuk merealisasikan program ini dalam ketenggatan waktu, tenaga dan kepakaran. Aku bukan tidak mahu melibatkan semua tetapi aku tertanya-tanya dan menimbangtara sanggupkah semua bekerja siang dan malam tanpa rintihan? Biarlah kami yang diberi amanah ini bertekun untuk kejayaan APB bersama.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UNSPECIFIED
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Advisor
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: eLingua
ISSN: 26007134
Keywords: eLingua, Academy of Language Studies, UiTM
Date: October 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57356
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57356.pdf] Text
57356.pdf

Download (336kB)

ID Number

57356

Indexing

Statistic

Statistic details