Transkrip wawancara bersama Encik Ahmad Noordin bin Seman seorang Pandai Besi di negeri Kelantan / Muhammad Zariq Naqiuddin Zaid and Abdul Hadi Abd Rahim

Zaid, Muhammad Zariq Naqiuddin and Abd Rahim, Abdul Hadi (2021) Transkrip wawancara bersama Encik Ahmad Noordin bin Seman seorang Pandai Besi di negeri Kelantan / Muhammad Zariq Naqiuddin Zaid and Abdul Hadi Abd Rahim. [Student Project] (Submitted)
Abstract

Temubual ini dilakukan bersama pengasas seni pembuatan keris di negeri Kelantan iaitu Encik Ahmad Noordin bin Seman untuk mengetahui tentang latar belakang dan pengalaman beliau dalam seni perbuatan keris. Encik Ahmad Noordin Bin Seman, merupakan penggiat seni pembuatan keris di Kelantan. Encik Ahmad Noordin bin Seman mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang seni pembuatan keris, beliau juga merupakan generasi kedua yang mewarisi seni pembuatan keris dari ayah beliau sendiri yang merupakan pengasas seni pembuatan keris ini. Permintaan yang tinggi terhadap seni pembuatan keris menarik minat 3 orang lelaki anak beliau untuk turut menceburi bidang tersebut. Menurut Encik Noordin, beliau telah mewariskan seni pembuatan keris ini kepada anak- anak beliau yang juga mempunyai minat dalam bidang pembuatan keris ini. Encik Noordin mempunyai kilang pembuatan kerisnya sendiri iaitu warisan Pandai Keris yang terletak di Kampung Perangkap, Pasir Mas, Kelantan. Dengan segala pengalaman yang ada pada Encik Noordin, beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat terutamanya golongan muda untuk menceburi bidang pembuatan keris ini kerana kesenian ini merupakan kesenian melayu yang hampir pupus ditelan zaman.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 57332.pdf]
Text
57332.pdf
Download (409kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Machang, Kelantan
Item Status
Indexing & Metrics