Abstract
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun dan maju. Dewasa ini kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 'Wawasan 2020' bagi memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi pembangpnan negara Malaysia. Di dalam mengejar dan mempertingkatkan pembangunan negara, kita tidak harus lupa pada tradisi dan tinggalan sejarah yang menjadi asas kepada pembangunan negara pada masa kini yang patut dijaga dan dipelihara.Senibina kolonial merupakan suatu tinggalan tradisi yang tidak patut dilupakan dan patut dipelihara dan dijaga bagi membuktikan sejarah dan peristiwa yang silam kepada generasi akan datang. 'Kolonial' jika dilihat didalam kamus 'Dewan Bahasa dan Pustaka' bermaksud pendudukan dan penjajahan oleh suatu bangsa atau kumpulan masyarakat pada suatu kawasan yang didiami oleh suatu masyarakat setempat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakub, Safurah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1988 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/573 |
Download
PPd_SAFURAH YAAKUB AP 88_5 P01.pdf
Download (99kB) | Preview