Abstract
Taman Negara Pulau Pinang merupakan kawasan perlindungan hasil daripada keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan, badan bukan kerajaan dan masyarakat tempatan tentang pentingnya melindungi kawasan dan kepelbagaian biologi di kawasan metropolitan ini. Taman Negara ini mempunyai pelbagai kawasan habitat yang berlainan berbanding dengan kawasan perlindungan di tempat lain kerana mempunyai tasik meromiktik, hutan paya bakau dan hutan dipterokarpa bukit. Kepelbagaian habitat ini memberi pendedahan kepada para pelajar tentang komposisi flora dan fauna yang terdapat di kawasan pulau tersebut. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan berkenaan dengan amalan pengurusan sumber hutan di Malaysia, menghargai dan memahami kepentingan pemuliharaan hutan untuk kestabilan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini membincangkan keistimewaan dan keunikan yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar Diploma Industri Perkayuan dengan lebih berkesan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kusin, Mazlin UNSPECIFIED Yamani, Shaikh Abdul Karim UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education S Agriculture > SD Forestry > Environmental aspects of forestry S Agriculture > SD Forestry > Environmental aspects of forestry > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 129-136 |
Keywords: | Taman Negara Pulau Pinang, Pembelajaran dan pengajaran |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57291 |