Penilaian kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) di Universiti Teknologi MARA Pahang: Penemuan dan cadangan / M. Muzamil, H. Sarina and A.Z. Zalifah

M., Muzamil and H., Sarina and A.Z., Zalifah (2006) Penilaian kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P & P) di Universiti Teknologi MARA Pahang: Penemuan dan cadangan / M. Muzamil, H. Sarina and A.Z. Zalifah. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan penilaian kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Borang soal selidik yang mempunyai sepuluh soalan berkaitan dengan piawaian ISO dan kemudahan P&P diedarkan kepada para pelajar UiTM Pahang secara rawak. Sebanyak 16 kumpulan pelajar melibatkan sejumlah 154 responden telah menjawab soal selidik tersebut. Data dianalisis menggunakan SPSS 12.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratusan dan korelasi untuk menilai perhubungan dua pembolehubah. Hasil daripada soal selidik terhadap kemudahan P&P, mendapati 81.2% responden (majoriti) berpuashati, manakala 18.8% responden (minoriti) beranggapan sebaliknya. Data peratusan responden mendapati 1.9% menyatakan sangat lemah, 16.9% lemah, 40.3% sederhana, 31.8% baik dan 9.1% sangat baik terhadap kemudahan P&P. Walau bagaimanapun masih terdapat ruang bagi kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik amnya dan pihak pengurusan khususnya untuk melakukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan kemudahan P&P yang sedia ada di UiTM Pahang. Cadangan-cadangan termasuk daripada responden turut dipersembahkan untuk dipertimbangkan oleh semua pihak demi memartabatkan pendidikan tinggi yang disediakan oleh UiTM Pahang.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
M., Muzamil
muzamil@pahang.uitm.edu.my
H., Sarina
UNSPECIFIED
A.Z., Zalifah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Page Range: pp. 87-96
Keywords: Penilaian, Pengajaran dan pembelajaran, UiTM Pahang
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57283
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57283.PDF] Text
57283.PDF

Download (4MB)

ID Number

57283

Indexing

Statistic

Statistic details