Perspektif : Sebuah Rumusan Kajian Impak 20 Tahun UiTM / Rahmat Mohamad & Roziah Mohd Janor

Mohd Janor, Roziah and Mohamad, Rahmat (2021) Perspektif : Sebuah Rumusan Kajian Impak 20 Tahun UiTM / Rahmat Mohamad & Roziah Mohd Janor. Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam. ISBN 9789671865231

Abstract

Menelusuri penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang kini menjangkau usia 65 tahun, institusi keramat ini terus kekal sebagai satu-satunya universiti awam yang menggalas amanah untuk melahirkan graduan profesional anak Melayu dan Bumiputera yang bersedia berkhidmat untuk menyumbang kepada
kelestarian dan pembangunan negara.

Sejarah penubuhan UiTM bermula dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural & Industrial Development Authority) pada tahun 1956 dengan pengambilan pertama melibatkan 50 orang pelajar sahaja. Bertitik tolak dari pengambilan pertama tersebut, UiTM telah mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah kolej yang dikenali dengan nama Kolej MARAdari tahun 1965 hingga 1967 dan seterusnya berkembang pesat sehingga diiktiraf sebagai sebuah institut yang dikenali sebagai lnstitut Teknologi MARA (ITM) dari tahun 1967 hingga 1999.

Progresif, cemerlang dan dicontohi, institusi ini telah membuktikan kejayaanya dalam melahirkan graduan yang kini menjadi alumni yang berjaya dan tersohor di kalangan kelompok profesional dan industri. Lantaran dari pencapaian itu, impian dan penantian ITM selama lebih 30 tahun untuk menjadi sebuah universiti akhirnya menjadi realiti apabila ia dinaiktaraf dan diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada tahun 1999.

Menjangkau usia 22 tahun sebagai sebuah universiti, enrolmen UiTM kini telah mencecah seramai 189,008 pelajar dengan kekuatan warga kerja akademik dan pentadbiran seramai 17,969 orang sekaligus menjadikannya sebuah universiti awam terbesar di Malaysia. Dalam pada itu, kewujudan UiTM juga telah berjaya mencorak landskap pengajian tinggi negara dengan terbinanya 35 kampus cawangan di seluruh pelosok negara yang menawarkan 498 program di pelbagai peringkat pengajian dari Sijil hinggalah ke ljazah Kedoktoran. la seterusnya memberikan kesan yang amat signifikan terhadap pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Janor, Roziah
roziahmj@uitm.edu.my
Mohamad, Rahmat
rahmat363@uitm.edu.my
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ)
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57230
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57230.pdf] Text
57230.pdf - Published Version

Download (14MB)

ID Number

57230

Indexing

Statistic

Statistic details