Abstract
Menjamin kualiti perkhidmatan dalam sektor pendidikan pada abad ke-21 merupakan suatu cabaran dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Bagi merealisasikan hasrat ini, ianya mernerlukan tenaga pendidik lelaki mahupun wanita yang berkualiti. Tahap burnout dan tekanan kerja akan mempengaruhi tahap produkviti dan kualiti kerja seseorang tenaga pendidik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap burnout dan tekanan kerja di kalangan Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching. Instrumen Maslach Burnout Inventory-Educators Survey (MBI-ES) digunakan bagi mengukur tahap burnout, manakala Indeks Tekanan Kerja (ITK) Guru pula digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja. Daripada 38 set soalselidik yang diedarkan, hanya 30 set yang dilengkapkan dan telah dikembalikan.Sampel terdiri daripada 38 orang Kaunselor Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sahaja. .Dapatan kajian menunjukkan majoriti Kaunselor Sekolah Menengah Bahagian Kuching mempunyai tahap burnout yang tinggi bagi ketiga-tiga sub skala iaitudari aspek keletihan emosi, aspek depersonalisasi dan aspek pencapaian peribadi.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Arenawati Sehat UNSPECIFIED Haji Jaya, Irdawaty UNSPECIFIED Mohd. Zawawi, Mohd. Zafian UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak |
Keywords: | kaunselor ,sekolah menengah |
Date: | September 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57119 |
Download
57119.pdf
Download (2MB)