Transkrip temubual bersama Puan Fatimah binti Salleh atlet sukan bola jaring Malaysia mengenai pengalaman beliau sebagai atlet negara/ Nur Syamimi Mohd Fauzi & Nurul Aimi Nadiah Azani

Mohd Fauzi, Nur Syamimi and Azani, Nurul Aimi Nadiah (2020) Transkrip temubual bersama Puan Fatimah binti Salleh atlet sukan bola jaring Malaysia mengenai pengalaman beliau sebagai atlet negara/ Nur Syamimi Mohd Fauzi & Nurul Aimi Nadiah Azani. Oral History Report. Fakulti Pengurusan Maklumat, Segamat.

Abstract

Transkrip ini membincangkan tentang pengalaman seorang tokoh yang juga merupakan bekas atlet sukan bola jaring negara pada ketika dahulu, iaitu Puan Fatimah binti Salleh. Ramai dalam kalangan masyarakatpada masa kini, terutamanya generasi yang baru dalam era ini tidak mengetahui secara langsung tentang sejarah pasukan bola jaring negara pada awal tahun 80an yang telah banyak memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama negara sehingga ke persada dunia. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang salah satu tokoh sukan bola jaring negara ini, projek sejarah lisan ini akan cuba mengungkap pengalaman dan perisitiwa sebenar yang tidak pernah diceritakan atau dihebahkan di dada-dada akhbar dan media massa. Bermula dari sejarah kewujudan dan perihal sukan bola jaring di Malaysia, kajian ini turut memfokuskan secara menyeluruh tentang kemahiran asas yang perlu ada dalam diri pemain, teknik-teknik yang dipraktikkan oleh setiap pemain, ciri-ciri fizikal yang perlu dititik beratkan, etika yang perlu ada dalam diri setiap pemain, peringkat kejohanan yang pernah disertai oleh tokoh dan yang paling utama adalah pencapaian yang diperolehi oleh tokoh sepanjang bergelar atlet sukan bola jaring negara tersebut. Kajian ini bukan sahaja daripada Puan Fatimah sendiri, malah ianya juga turut diperolehi daripada beberapa sumber yang lain bagi melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan bagi kajian yang dilakukan. Implikasi kajian ini adalah terutamanya kepada pengkaji, pelajar dan orang awam. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharap masyarakat luar terutamanya generasi pada masa sekarang akan lebih menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh sukan negara yang telah berjaya mengharumkan nama negara.

Metadata

Item Type: Monograph (Oral History Report)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Fauzi, Nur Syamimi
2019720175
Azani, Nurul Aimi Nadiah
2019350725
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Jamaluddin, Siti Noorsiah
UNSPECIFIED
Interviewee
Salleh, Fatimah
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > General works. Athletes
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc.
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management
Keywords: Fatimah binti Salleh, Sukan, Sukan negara, Bola jaring, Tokoh, Atlet, Sejarah lisan, UiTM Cawangan Johor
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/57074
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 57074.pdf] Text
57074.pdf

Download (225kB)

ID Number

57074

Indexing

Statistic

Statistic details