Gangguan seksual dan kanak-kanak: Satu tinjauan undang-undang / Suria Fadhillah Md Pauzi and Shamsinar Rahman

Md Pauzi, Suria Fadhillah and Rahman, Shamsinar (2021) Gangguan seksual dan kanak-kanak: Satu tinjauan undang-undang / Suria Fadhillah Md Pauzi and Shamsinar Rahman. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 76-80. ISSN 2600-7568
Abstract

Gangguan seksual merupakan satu bentuk tingkah laku yang berbentuk seksual sama ada dalam bentuk gurauan,pandangan,bahasa,komen-komen yang boleh menggugat keharmonian diri mangsa dan meletakkan beliau dalam keadaan tidak selesa mahupun takut. Kes gangguan seksual menjadi lebih serius pada masa ini apabila didapati ia telah menembusi sekolah dan pusat pengajian tinggi yang selama ini merupakan pusat budaya ilmu dan produktiviti. Gangguan seksual ini sekiranya tidak dibendung boleh menjejaskan kemandirian pelajar, kepercayaan pada diri dan masa depan mereka. Pada masa yang sama, imej pusat pendidikan dan para pendidik dan staff institusi berkenaan akan turut sama tercalar.Kajian ini bertujuan untuk melihat peruntukan undang-undang sedia ada bagi menangani isu jenayah ini. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar khususnya berkenaan jenayah seksual dan seterusnya satu penyelesaian dapat dicapai di peringkat pusat pendidikan bagi mengurangi jumlah kes jenayah ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56994.pdf]
Text
56994.pdf
Download (172kB)
Indexing & Metrics