Pengurusan kewangan mahasiswa / Syahida Md Zeni …[et al.]

Md Zeni, Syahida and Hashim, Azizi@Hamizi and Md Din, Norlaila and Ahmad, Mohamad Azmi Nias (2021) Pengurusan kewangan mahasiswa / Syahida Md Zeni …[et al.]. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 62-75. ISSN e-ISSN: 2600 - 7568

Abstract

Ilmu perakaunan asas merupakan satu cabang pengetahuan yang penting, tanpa mengira peringkat usia, taraf pendidikan, mahupun kerjaya seseorang. Salah satu cabang asas perakaunan yang penting adalah belanjawan dan pengurusan kewangan. Ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan setiap individu ini sering diabaikan terutamanya oleh golongan muda sehingga menimbulkan masalah kepada masyarakat apabila bilangan individu yang tersenarai dalam senarai muflis Bank Negara semakin meningkat saban tahun. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan asas tentang belanjawan dan pengurusan kewangan daripada pandangan kelompok remaja Malaysia di UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan ia bertujuan untuk mengkaji corak perbelanjaan golongan muda di peringkat awal, iaitu bagi mahasiswa peringkat diploma. Golongan ini dipilih kerana, mereka telah melepasi peringkat persekolahan dan pada kebiasaannya memulakan kehidupan sendiri jauh daripada kawalan ibubapa. Selain daripada itu, ia bertujuan untuk melihat sejauh mana mahasiswa di sini peka terhadap kepentingan pengurusan kewangan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik kepada mahasiswa secara rawak. Seramai 134 responden telah terlibat dalam kajian ini iaitu para mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai program. Hasil kajian ini mendapati bahawa mahasiswa mempunyai kebolehan dan tanggapan yang positif terhadap pengurusan kewangan dan mereka menyedari akan kepentingannya. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir mahasiswa yang berada di tahap sederhana dan lemah dalam menguruskan kewangan peribadi masing-masing.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Zeni, Syahida
syahidam@uitm.edu.my
Hashim, Azizi@Hamizi
azizih@uitm.edu.my
Md Din, Norlaila
norliey@uitm.edu.my
Ahmad, Mohamad Azmi Nias
azminias@gmail.com
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Banking > Accounting. Bookkeeping
H Social Sciences > HG Finance > Personal finance. Financial literacy
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: e-ISSN: 2600 - 7568
Volume: 24
Number: 2
Page Range: pp. 62-75
Keywords: Belanjawan, Perbelanjaan, Pengurusan kewangan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56991
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56991.pdf] Text
56991.pdf

Download (347kB)

ID Number

56991

Indexing

Statistic

Statistic details