Kaji selidik mengenai pengetahuan seks di kalangan pelajar / Normala Ismail dan Mohamad Kamil Ariff Khalid

Ismail, Normala and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2021) Kaji selidik mengenai pengetahuan seks di kalangan pelajar / Normala Ismail dan Mohamad Kamil Ariff Khalid. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 47-52. ISSN 2600-7568
Abstract

Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sumber maklumat dan pengalaman mengenai seks dalam kalangan pelajar sekolah. Kaji selidik ini turut melihat jika wujud perbezaan antara tahap pengetahuan, sumber maklumat dan pengalaman mengenai seks dalam kalangan pelajar berdasarkan faktor demografi. Sampel kaji selidik ini melibatkan para pelajar sekolah menengah di sekitar bandar Raub seramai 100 orang menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas. Dapatan kaji selidik menunjukkan tahap pengetahuan seks di kalangan pelajar adalah rendah. Tidak wujud perbezaan ketara antara skor pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mengenai pengetahuan seks. Hasil kaji selidik juga mendapati bahawa sumber rujukan mengenai pengetahuan seks majoritinya diperoleh daripada rakan sebaya, Internet, media sosial, filem dan televisyen. Tinjauan turut mendapati pengalaman mengenai seks diperoleh dari tontonan video lucah, bertemujanji selain kerap membaca bahan lucah. Hasil kajian yang diperoleh ini diharap dapat mengenalpasti permasalahan selain menangani isu seks dalam kalangan pelajar sekolah sekaligus memberi input kepada pihak yang berkepentingan bagi merangka intipati pendidikan seks yang bersesuaian di sekolah bagi membendung gejala sosial.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56983.pdf]
Text
56983.pdf
Download (214kB)
Indexing & Metrics