Kaji selidik mengenai pengetahuan seks di kalangan pelajar / Normala Ismail dan Mohamad Kamil Ariff Khalid

Ismail, Normala and Khalid, Mohamad Kamil Ariff (2021) Kaji selidik mengenai pengetahuan seks di kalangan pelajar / Normala Ismail dan Mohamad Kamil Ariff Khalid. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 47-52. ISSN e-ISSN: 2600 - 7568

Abstract

Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, sumber maklumat dan pengalaman mengenai seks dalam kalangan pelajar sekolah. Kaji selidik ini turut melihat jika wujud perbezaan antara tahap pengetahuan, sumber maklumat dan pengalaman mengenai seks dalam kalangan pelajar berdasarkan faktor demografi. Sampel kaji selidik ini melibatkan para pelajar sekolah menengah di sekitar bandar Raub seramai 100 orang menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas. Dapatan kaji selidik menunjukkan tahap pengetahuan seks di kalangan pelajar adalah rendah. Tidak wujud perbezaan ketara antara skor pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mengenai pengetahuan seks. Hasil kaji selidik juga mendapati bahawa sumber rujukan mengenai pengetahuan seks majoritinya diperoleh daripada rakan sebaya, Internet, media sosial, filem dan televisyen. Tinjauan turut mendapati pengalaman mengenai seks diperoleh dari tontonan video lucah, bertemujanji selain kerap membaca bahan lucah. Hasil kajian yang diperoleh ini diharap dapat mengenalpasti permasalahan selain menangani isu seks dalam kalangan pelajar sekolah sekaligus memberi input kepada pihak yang berkepentingan bagi merangka intipati pendidikan seks yang bersesuaian di sekolah bagi membendung gejala sosial.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Normala
nmala391@uitm.edu.my
Khalid, Mohamad Kamil Ariff
kamildk@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Psychology of sex. Sexual behavior
L Education > LB Theory and practice of education > Schools
L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: e-ISSN: 2600 - 7568
Volume: 24
Number: 2
Page Range: pp. 47-52
Keywords: Gejala sosial, Pelajar, Pendidikan seks, Pengetahuan seks
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56983
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56983.pdf] Text
56983.pdf

Download (214kB)

ID Number

56983

Indexing

Statistic

Statistic details