Kegagalan peralatan dan prestasi merudum di kalangan pemanah / Mohamad Azmi Nias Ahmad …[et al.]

Ahmad, Mohamad Azmi Nias and Kamaruzzaman, Kamarul Hisyam and Jamaluddin, Junaidah and Abd Jabar, Faizan (2021) Kegagalan peralatan dan prestasi merudum di kalangan pemanah / Mohamad Azmi Nias Ahmad …[et al.]. Gading Journal for Social Sciences, 24 (2). pp. 21-32. ISSN 2600-7568
Abstract

Memanah adalah sebuah sukan yang telah diletakkan sebagai salah satu dari sukan teras negara Malaysia. Sukan memanah diyakini mampu menghasilkan pingat emas Olimpik untuk negara. Program dan latihan yang rapi telah dijalankan bagi mencapai matlamat menghasilkan pingat emas Olimpik ini. Kegagalan peralatan memanah adalah risiko yang berpotensi menghalang pencapaian matlamat tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami sejauhmana kegagalan peralatan memberi kesan kepada pemanah di samping mengumpul perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan kegagalan peralatan memanah. Oleh itu, kajian ini menggunakan Teori Kemujaraban Diri untuk menerangkan kesan yang dialami oleh pemanah yang pernah berhadapan dengan kegagalan peralatan memanah. Di samping itu, kajian ini juga melihat bagaimana mitigasi terhadap kegagalan peralatan memanah boleh dilakukan. Kajian ini mendapati pemanah yang menghadapi kegagalan peralatan memanah akan mengambil masa untuk kembali ke prestasi asal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56975.pdf]
Text
56975.pdf
Download (407kB)
Indexing & Metrics