Abstract
Memanah adalah sebuah sukan yang telah diletakkan sebagai salah satu dari sukan teras negara Malaysia. Sukan memanah diyakini mampu menghasilkan pingat emas Olimpik untuk negara. Program dan latihan yang rapi telah dijalankan bagi mencapai matlamat menghasilkan pingat emas Olimpik ini. Kegagalan peralatan memanah adalah risiko yang berpotensi menghalang pencapaian matlamat tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk memahami sejauhmana kegagalan peralatan memberi kesan kepada pemanah di samping mengumpul perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan kegagalan peralatan memanah. Oleh itu, kajian ini menggunakan Teori Kemujaraban Diri untuk menerangkan kesan yang dialami oleh pemanah yang pernah berhadapan dengan kegagalan peralatan memanah. Di samping itu, kajian ini juga melihat bagaimana mitigasi terhadap kegagalan peralatan memanah boleh dilakukan. Kajian ini mendapati pemanah yang menghadapi kegagalan peralatan memanah akan mengambil masa untuk kembali ke prestasi asal.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohamad Azmi Nias azminias@gmail.com Kamaruzzaman, Kamarul Hisyam KamarulHisyam.jkr@1govuc.gov.my Jamaluddin, Junaidah junaidah_jamal@uitm.edu.my Abd Jabar, Faizan faizan@uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Shooting > Archery G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Physical education facilities. Sports facilities, Including gymnasiums, athletic fields, etc G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > General works. Athletes |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Gading Journal for Social Sciences |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
ISSN: | e-ISSN: 2600 - 7568 |
Volume: | 24 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 21-32 |
Keywords: | Kegagalan peralatan, Memanah, Teori kemujaraban diri |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56975 |