RTGreennmFUND: sejauhmanakah keberkesanannya dalam pengurusan dana ruang terbuka hijau bandar / Nabilaa Mohamed ... [et al.]

Mohamed, Nabilaa and Vadeveloo, Thenmolli and Mohd Zain, Zarina and Putera, Roni Ekha (2021) RTGreennmFUND: sejauhmanakah keberkesanannya dalam pengurusan dana ruang terbuka hijau bandar / Nabilaa Mohamed ... [et al.]. In: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021).

Abstract

Kekangan kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pelaksanaan ruang terbuka hijau bandar (RTHB) di Malaysia dan Indonesia sering mempengaruhi prestasi bandar hijau. Ketidakupayaan dalam mempelbagaikan sumber pembiayaan, pengamalan sistem kewangan tradisional dan kebergantungan pembiayaan dari kerajaan pusat menjadi penyebab utama kepada kekangan kewangan yang sering dihadapi oleh PBT dalam perancangan dan pembangunan pengurusan bandar. Oleh itu, kajian ini mencadangkan untuk mengenal pasti sumber pembiayaan inovatif yang sesuai digunakan untuk menyokong dan memperkuatkan kemampanan projek-projek RTHB supaya sesebuah negara dapat mencapai prestasi bandar hijau yang cemerlang. Hasil daripada analisis kandungan beberapa pemboleh ubah (dana inovatif dan tiga tonggak kemampanan) telah dikenal pasti dan dicadangkan dalam pembinaan kerangka sistem pengurusan dana RTHB yang dipanggil RTGreennmFUND. Walau bagaimanapun kajian lanjutan perlu dilaksanakan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut supaya ia sesuai diamalkan dalam konteks kedua-dua negara dan seterusnya dapat meningkatkan sistem pengurusan kualiti dana RTHB PBT di Malaysia dan Indonesia.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Nabilaa
nabilaamohamed@gmail.com
Vadeveloo, Thenmolli
thenm020@uitm.edu.my
Mohd Zain, Zarina
zarina752@uitm.edu.my
Putera, Roni Ekha
roniekhaputera@soc.unand.ac.id
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > City planning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021)
Event Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021)
Page Range: pp. 618-621
Keywords: Bandar hijau, kemampanan, pembiayaan, pihak berkuasa tempatan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56922
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56922.pdf] Text
56922.pdf

Download (30MB)

ID Number

56922

Indexing

Statistic

Statistic details