Poket peka undang-undang dilettante v2: pemberhentian kerja / Suria Fadhillah Md Pauzi ... [et al.]

Md Pauzi, Suria Fadhillah and Azni, Muhammad Asyraf and Ujang, Suriyati and Ahmad Zaini, Azniza and Ismail, Ida Rosnita (2021) Poket peka undang-undang dilettante v2: pemberhentian kerja / Suria Fadhillah Md Pauzi ... [et al.]. In: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021).

Abstract

Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar pada ekonomi negara sehingga mengakibatkan penutupan perusahaan dan pemberhentian kerja. Petroliam Nasional Berhad misalnya telah mengalami kerugian sebanyak RM 21 billion akibat daripada pandemik ini, manakala Airasia Berhad dan Airasia X Berhad terpaksa memberhentikan 10 peratus daripada tenaga kerjanya. Pemberhentian kerja ini secara langsung memberi kesan yang serius kepada masalah penggangguran negara. Pemberhentian kerja atau perkhidmatan oleh majikan terhadap pekerja merupakan prerogatif majikan dan ia dilakukan apabila syarikat menghadapi masalah kewangan atau apabila syarikat melakukan penstrukturan semula perusahaan yang mengakibatkan lebihan pekerja. Senario ini amat membimbangkan kerana terdapat segelintir majikan yang tidak mengendahkan peraturan dan peruntukan undang-undang buruh dalam melaksanakan pemberhentian kerja ini. Produk inovasi ini dicipta bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada majikan dan pekerja berkenaan kepentingan mengetahui dan mengikuti prosedur yang betul dalam melaksanakan proses pemberhentian pekerja. Poket undang-undang ini menggunakan infografik dan laras bahasa yang mudah difahami supaya informasi undang-undang dapat dihayati dan dipraktikkan. Produk inovasi ini juga menyediakan senarai semak prosedur pemberhentian kerja untuk rujukan para pekerja dan majikan bagi pemastian pematuhan prosedur. Dari sudut pengkomersilan, produk ini amat efektif untuk digunakan sebagai rujukan majikan dan pekerja dalam proses pemberhentiaan kerja. Ia juga senang dipasarkan dengan kos yang minima kerana ia dibangunkan dalam bentuk e- brosur.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Pauzi, Suria Fadhillah
suriapauzi@uitm.edu.my
Azni, Muhammad Asyraf
asyrafazni@gmail.com
Ujang, Suriyati
suriyatiujang@uitm.edu.my
Ahmad Zaini, Azniza
nizazaini@uitm.edu.my
Ismail, Ida Rosnita
idarosnita@ukm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design
Event Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021)
Page Range: pp. 556-561
Keywords: Undang-undang, pemberhentian kerja, ekonomi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56902
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56902.pdf] Text
56902.pdf

Download (30MB)

ID Number

56902

Indexing

Statistic

Statistic details