Abstract
Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar pada ekonomi negara sehingga mengakibatkan penutupan perusahaan dan pemberhentian kerja. Petroliam Nasional Berhad misalnya telah mengalami kerugian sebanyak RM 21 billion akibat daripada pandemik ini, manakala Airasia Berhad dan Airasia X Berhad terpaksa memberhentikan 10 peratus daripada tenaga kerjanya. Pemberhentian kerja ini secara langsung memberi kesan yang serius kepada masalah penggangguran negara. Pemberhentian kerja atau perkhidmatan oleh majikan terhadap pekerja merupakan prerogatif majikan dan ia dilakukan apabila syarikat menghadapi masalah kewangan atau apabila syarikat melakukan penstrukturan semula perusahaan yang mengakibatkan lebihan pekerja. Senario ini amat membimbangkan kerana terdapat segelintir majikan yang tidak mengendahkan peraturan dan peruntukan undang-undang buruh dalam melaksanakan pemberhentian kerja ini. Produk inovasi ini dicipta bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada majikan dan pekerja berkenaan kepentingan mengetahui dan mengikuti prosedur yang betul dalam melaksanakan proses pemberhentian pekerja. Poket undang-undang ini menggunakan infografik dan laras bahasa yang mudah difahami supaya informasi undang-undang dapat dihayati dan dipraktikkan. Produk inovasi ini juga menyediakan senarai semak prosedur pemberhentian kerja untuk rujukan para pekerja dan majikan bagi pemastian pematuhan prosedur. Dari sudut pengkomersilan, produk ini amat efektif untuk digunakan sebagai rujukan majikan dan pekerja dalam proses pemberhentiaan kerja. Ia juga senang dipasarkan dengan kos yang minima kerana ia dibangunkan dalam bentuk e- brosur.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Pauzi, Suria Fadhillah suriapauzi@uitm.edu.my Azni, Muhammad Asyraf asyrafazni@gmail.com Ujang, Suriyati suriyatiujang@uitm.edu.my Ahmad Zaini, Azniza nizazaini@uitm.edu.my Ismail, Ida Rosnita idarosnita@ukm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design |
Event Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Page Range: | pp. 556-561 |
Keywords: | Undang-undang, pemberhentian kerja, ekonomi |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56902 |