Abstract
Keluarga yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) Cerebral Palsy (CP) sering dihimpit masalah kemiskinan. Ini adalah kerana ibu bapa tidak dapat keluar bekerja kerana keadaan anak CP yang terlantar, kejang otot, sawan dan memerlukan bantuan penjaga sepenuhnya. Mereka biasanya
bergantung sepenuhnya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan derma orang ramai. Keadaan ini telah menyebbakan mereka merasa rendah diri, dan sering mengasingkan diri daripada masyarakat. Para ibu terutamanya, sering menyalahkan diri mereka ekoran daripada kecacatan yang dialami oleh anak mereka. Dari sudut kualiti hidup, ibu bapa sering berkonflik kerana tekanan kewangan, tekanan jiwa dan sering gagal mematuhi temujanji terapi kerana ketiadaan kenderaan dan wang. Mereka juga secara umumnya, lebih selesa mengharapkan bantuan masyarakat, dan sering menggunakan modal anak istimewa untuk menjana ekonomi keluarga. Model PERKASA@APS hadir sebagai solusi kepada kepada masalah ini. Pemerkasaan ekonomi bapa APS telah menjadikan mereka mandiri ekonomi melalui projek penanaman cili secara fertigasi. Ibu-ibu APS pula telah diberi latihan menjahit telekung, langsir dan baju kurung di Rumah Kebajikan APS melalui kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Ibu-ibu APS juga diajar pembungkusan semula kerepek Tortilla pedas, termasuk ilmu pemasaran atas talian. Mereka juga diajar menghasilkan cili boh berskala kecil, namun menguntungkan. Rasa malu dan rendah diri kerana mempunyai anak istimewa dan dihimpit
kemiskinan diubati melalui pemerkasaan rohani oleh motivator dan psikologis yang memberikan dorongan dan semangat beserta sesi kaunseling kepada ibu-ibu yang depresi. Anak-anak CP pula di beri terapi saraf, terapi fizikal dan terapi seni secara berkala dan banyak membantu melegakan kesakitan dan ketegangan saraf yang mereka alami. Gabungan model pemerkasaan ekonomi – rohani – fizikal telah terbukti berjaya mengubah kedudukan ekonomi keluarga APS, menghidupkan kembali semangat untuk berjuang demi anak CP mereka serta menambahbaik kualiti hidup anak CP melalui terapi intensif.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Abdul Ghapar, Wan Rohila Ganti rohila.ganti@umt.edu.my Ahmad, Muhamad Fazil mfazilahmad@unisza.edu.my Yahya, Norhashimah nhashimahyahya@unisza.edu.my Mat Jamin, Rahaya rahaya.jamin@umt.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development > Child rearing. Including care, training, character building, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design |
Event Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Page Range: | pp. 552-555 |
Keywords: | Cerebral palsy, golongan rentan, ekonomi, sokongan sosial, anak istimewa |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56900 |