Abstract
Pelajar dalam bidang Seni Halus di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Perak khasnya yang mengambil jurusan seni catan akan menggunakan turpentin dalam proses penghasilan karya catan mereka, terutama sekali yang menggunakan cat minyak. Dengan penggunaan turpentin yang banyak ini telah mendatangkan masalah ekosistem di sekitar fakulti iaitu pencemaran air. Di mana sisa buangan turpentin ini telah dibuang ke saluran perpaipan dan disalurkan ke tasik Al-Burunni FSSR, UiTM Perak sekaligus menyebabkan kemusnahan hidupan akuatik di situ. Oleh itu, reka bentuk inovasi yang diberi nama Turpentine Filter Machine (TFM) ini diciptakan sebagai alat atau mesin penapis yang sesuai digunakan oleh pelajar Seni Halus untuk menapis semula sisa buangan turpentin untuk dikitar semula. Prototaip yang dihasilkan menggunakan kaedah penapisan ini memerlukan bahan-bahan mekanisme yang mudah didapati di sekitar Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Perak. Hasil kajian yang dilakukan ke atas pelajar seni catan membuktikan bahawa penggunaan alat dan teknologi ini dapat mengurangkan sisa buangan turpentin dan juga dapat menjimatkan serta mengurangkan kos pembelian turpentin. Sekaligus ianya juga dapat menyelamatkan hidupan akuatik yang terjejas di Tasik Al- Burunni FSSR, UiTM Perak.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Merman, Hairulnisak hairulnisak@uitm.edu.my Zakaria, Muhammad Salehuddin msalehuddin@uitm.edu.my Mohamad Yusoff, Aiman Yusri aimanyusri@uitm.edu.my Roslan, Aimi Atikah aimia295@uitm.edu.my Tahir, Azian azian572@uitm.edu.my |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental protection |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Page Range: | pp. 429-433 |
Keywords: | Turpentine, inovasi, mesin, penapisan, pelajar |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56783 |