Ke arah kelestarian kebun komuniti dalam usaha menyantuni golongan B40 / Intan Syafinaz Mat Shafie ... [et al.]

Mat Shafie, Intan Syafinaz and Mohd. Yusof, Yuslina Liza and Mohd Ishar, Nor Irvoni and Mohd Hashim, Maryam Jameelah and Kholid, Mohd Fairus and Ramadhan Zahari, Muhammad Yasin and Abu Seman, Sharidatul Akma (2021) Ke arah kelestarian kebun komuniti dalam usaha menyantuni golongan B40 / Intan Syafinaz Mat Shafie ... [et al.]. In: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021).

Abstract

Dikala semua negara berlumba-lumba untuk mendapatkan nilai yang terbaik dalam produk domestik kasar mereka menerusi kemajuan dan peningkatan teknologi, mereka alpa bahawa pertanian juga boleh menyumbang ke arah kemajuan dan peningkatan dalam produk domestik kasar negara. Kepentingan pertanian bukan sahaja membantu daripada segi pertumbuhan ekonomi, tetapi ianya turut dapat mengatasi isu kemiskinan, menawarkan peluang pekerjaan, memelihara sumber makanan dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Rata-rata penduduk akan memperuntukkan sekitar 50% daripada pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan. Bertepatan dengan dasar pertanian bandar, ianya merupakan aktiviti yang dijalankan oleh penduduk yang mendiami kawasan bandar bagi mengatasi isu kekurangan bekalan makanan dan menjamin keselamatan makanan. Setelah mengenalpasti kaedah pertanian dan konsep pemasaran yang dijalankan di Kebuniti Pertanian Bandar
Seksyen U12, satu kajian telah diadakan bagi menganalisa kepentingan perlaksanaan konsep pertanian yang telah diaplikasikan di kebun komuniti ini. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan hasil dapatan penduduk dan masyarakat setempat tentang sejauh mana kesedaran dan penerimaan mereka dalam kelestarian pertanian bandar yang sedang dijalankan di Kebuniti Pertanian Bandar Seksyen U12 dan sejauh mana keselamatan makanan dapat melestarikan pertanian bandar. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kelestarian pertanian bandar pada masa hadapan. Kajian kuantitatif telah dijalankan terhadap 150 orang responden di dalam kawasan Lembah Klang manakala kajian kualitatif telah dijalankan terhadap 16 orang informan yang terdiri daripada pengerusi kebun komuniti. Hasil dapatan melalui kaedah kuantitatif mendapati bahawa tahap kesedaran, penerimaan, pandangan terhadap jaminan keselamatan makanan dan kelestarian berada pada tahap sederhana.
Manakala hasil dapatan melaui kaedah kualitatif mendapati bahawa tahap kesedaran, penerimaan, pandangan terhadap jaminan keselamatan makanan dan kelestarian berada pada tahap yang tinggi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Shafie, Intan Syafinaz
intansyafinaz@uitm.edu.my
Mohd. Yusof, Yuslina Liza
yuslina641@uitm.edu.my
Mohd Ishar, Nor Irvoni
irvoni@uitm.edu.my
Mohd Hashim, Maryam Jameelah
jamieniz@uitm.edu.my
Kholid, Mohd Fairus
mohdfairus86@uitm.edu.my
Ramadhan Zahari, Muhammad Yasin
yasin@uitm.edu.my
Abu Seman, Sharidatul Akma
sharidatul@uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design
Event Title: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021)
Page Range: pp. 348-352
Keywords: Pertanian, pertanian bandar, kesedaran, keselamatan makanan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56673
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 56673.pdf] Text
56673.pdf

Download (30MB)

ID Number

56673

Indexing

Statistic

Statistic details