Indikator teknik pengajaran Bahasa Arab di UiTM menerusi teknologi / Nurul Asma Mazlan ... [et al.]

Mazlan, Nurul Asma and Zailani @ Ahmad, Suhaila and Arifin, Zamri and Mohd Saad, Mohd Faizulamri and Norwahi, Nur Aqilah (2021) Indikator teknik pengajaran Bahasa Arab di UiTM menerusi teknologi / Nurul Asma Mazlan ... [et al.]. In: International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021). (Submitted)
Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada teknik pengajaran bahasa Arab semasa pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) di UiTM pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana teknik pengajaran
dapat mempengaruhi motivasi pelajar. Sebanyak 341 pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab tahap tiga (TAC501) dari semua kampus di UiTM merangkumi semenanjung, Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Kajian ini berbentuk deskriptif dan analitik yang
menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan analisis SPSS dan PLS-SEM untuk menganalisis hubungan antara motivasi pelajar dan teknik pengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa, teknik pengajaran yang sesuai melalui teknologi dapat mempengaruhi pemahaman dan motivasi pelajar secara positif mengenai kandungan aktiviti pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah mereka semasa sesi ODL. Hasil kajian memaparkan, pensyarah bahasa Arab di UiTM mahir membangunkan quiz online menerusi Kahoot dan Quizziz (0.9). Dapat disimpulkan bahawa semakin banyak pelajar menerima dan memahami bagaimana menggunakan teknologi, semakin mereka dapat memahami
tentang isi pembelajaran semasa sesi ODL.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56619.pdf]
Text
56619.pdf
Download (30MB)
Indexing & Metrics