Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada teknik pengajaran bahasa Arab semasa pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) di UiTM pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana Pandemik Covid-19. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimana teknik pengajaran
dapat mempengaruhi motivasi pelajar. Sebanyak 341 pelajar yang mengambil kursus bahasa Arab tahap tiga (TAC501) dari semua kampus di UiTM merangkumi semenanjung, Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Kajian ini berbentuk deskriptif dan analitik yang
menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan analisis SPSS dan PLS-SEM untuk menganalisis hubungan antara motivasi pelajar dan teknik pengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa, teknik pengajaran yang sesuai melalui teknologi dapat mempengaruhi pemahaman dan motivasi pelajar secara positif mengenai kandungan aktiviti pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah mereka semasa sesi ODL. Hasil kajian memaparkan, pensyarah bahasa Arab di UiTM mahir membangunkan quiz online menerusi Kahoot dan Quizziz (0.9). Dapat disimpulkan bahawa semakin banyak pelajar menerima dan memahami bagaimana menggunakan teknologi, semakin mereka dapat memahami
tentang isi pembelajaran semasa sesi ODL.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mazlan, Nurul Asma asmamazlan@uitm.edu.my Zailani @ Ahmad, Suhaila suzail@ukm.edu.my Arifin, Zamri abuzaim@ukm.edu.my Mohd Saad, Mohd Faizulamri faizam@ukm.edu.my Norwahi, Nur Aqilah naqilahn@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Event Title: | International Exhibition & Symposium on Productivity, Innovation, Knowledge, Education & Design (i-SPiKe 2021) |
Page Range: | pp. 307-310 |
Keywords: | Arabic language, Arabic teaching, teaching platform, Covid-19 Pandemic |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56619 |