Transkrip temubual bersama Encik Nor Azman bin Idris, mengenai Stesen Keretapi Tanah Melayu Layang- Layang, Johor/ Nur Khairina Roslan & Nurfarhanah Amirah Faisal

Roslan, Nur Khairina and Faisal, Nurfarhanah Amirah (2020) Transkrip temubual bersama Encik Nor Azman bin Idris, mengenai Stesen Keretapi Tanah Melayu Layang- Layang, Johor/ Nur Khairina Roslan & Nurfarhanah Amirah Faisal. [Oral History]
Abstract

Transkrip ini membincangkan pengalaman seorang tokoh yang mana beliau merupakan seorang Pengurus Stesen di Stesen Keretapi Layang-Layang, Johor, Malaysia. Ramai dalam masyarakat kini terutamanya dalam era yang serba canggih ini tidak mengetahui manfaat yang diberikan oleh pihak KTM (Keretapi Tanah Melayu) sejak dari zaman sebelum merdeka sehingga kini Temubual ini diadakan untuk merungkai kisah-kisah yang tidak pernah disiarkan melalui media massa mahupun perbualan orang ramai. Selain menyentuh sedikit sebanyak mengenai latar belakang tokoh yang masih berkhidmat untuk KTM, projek sejarah lisan ini akan cuba merungkai kebenaran mengenai bertapa pentingnya KTM bagi penduduk di Malaysia, terutama di kawasan Layang-Layang yang terletak di dalam negeri Johor, Malaysia. Ianya juga untuk mengetahui sejarah yang pernah berlaku di Stesen Keretapi Layang-Layang sejak awal pembukaan sehingga kini. Sejarah ini juga turut memfokuskan bagaimana pengurus stesen mengendalikan stesen keretapi terutama Stesen Keretapi Layang-Layang yang mana tempatnya agak terpencil dan kebanyakkan penumpang dan pengunjung akan memilih KTM sebagai pengangkutan awam mereka untuk ke satu daerah lain mahupun ke negeri lain. Melalui projek sejarah lisan ini juga, diharapkan masyarakat luar terutama dalam era yang serba canggih ini akan mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam serta mengetahui bertapa pentingnya penggunaan KTM ini dalam kehidupan terutama di luar kota.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 56455.pdf]
Text
56455.pdf
Download (208kB)
Indexing & Metrics