Abstract
Sejarah lisan ini perlu dititikberatkan kerana terdapat banyak sejarah yang tidak dapat didokumentasikan secara terperinci mengenai peristiwa yang berlaku berkaitan dengan sektor pengangkutan awam iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Tujuan pendokumentasian sejarah lisan ini dibuat bertujuan untuk untuk merungkai dengan lebih mendalam tentang sejarah penubuhan stesen KTMB Bukit Timah di Singapura yang menjadi perhubung antara Malaysia-Singapura; untuk mengetahui peristiwa sejarah yang sebenar berlaku di stesen KTMB Bukit Timah; dan untuk merekodkan dan mendokumentasikan sejarah stesen keretapi Bukit Timah yang menjadi titik sejarah bagi negara Malaysia. Satu sesi temu bual bersama Encik Atan bin Ahmad yang telah berkhidmat selama 29 tahun telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat akan sejarah Keretapi Bukit Timah yang beroperasi di Singapura. Perkara ini juga merungkai pengalaman beliau semasa bertugas sama ada pengalaman dari segi pekerjaan ataupun pengalaman pahit dan manis. Seterusnya, membincangkan bagaimana tokoh mengendalikan stesen dan juga cabaran yang timbul sepanjang tempoh perkhidmatan. Akhir sekali, kajian ini membincangkan sumbangan dan harapan beliau dalam memajukan stesen keretapi Bukit Timah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Nurul Husna 2019326003 Yahya, Yasmine Arisya 2019544939 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Team Member Ahmad, Atan UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society T Technology > TF Railroad engineering and operation > Railway operation and management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Atan bin Ahmad, KTMB, Keretapi Tanah Melayu Berhad, Malaysia-Singapura, Sejarah Lisan, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56439 |