Abstract
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang juga di kenali sebagai Malayan Railway merupakan sebuah pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Pada zaman penjajahan British, kereta api asalnya digunakan untuk tujuan mengangkut biji timah. Tambahan pula, pengangkutan awam pada masa itu sangat terhad. Oleh itu, masyarakat memilih kereta api sebagai salah sebuah pengangkutan awam utama di Malaysia untuk tujuan harian mereka. Pengangkutan kereta api ini telah banyak memberi kemudahan kepada orang ramai sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Pada masa kini, ia masih menjadi pilihan utama masyarakat sekitar kerana kebanyakan stesen kereta api dibina di hampir setiap kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan kerja harian mereka dan juga harga tiketnya yang murah dan sangat berpatutan. Transkrip ini mendokumentasikan sejarah lisan mengenai stesen KTMB Gemas Negeri Sembilan yang kini banyak mengalami perubahan dan kemajuan. Satu sesi temu bual telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam mengenai stesen kereta api Gemas bersama Encik Abd. Hamid bin Mire. Transkrip ini dibuat bertujuan untuk membongkar sejarah dan peristiwa yang berlaku di stesen KTMB Gemas ini untuk mengelakkan ia daripada dilupakan oleh generasi akan datang. Maka, pendokumentasian ini diharapkan dapat menghasilkan sebuah kajian mengenai sejarah stesen KTMB Gemas dan seterusnya dapat membuka mata semua pihak tentang pentingnya memlihara sejarah warisan negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tazali, Nur Shafiqah 2019336675 Azlan, Nuraisyah 2019717309 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamaludin, Siti Noorsiah UNSPECIFIED Interviewee Mire, Abdul Hamid UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Educational sociology > Education and society T Technology > TF Railroad engineering and operation > Railway operation and management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB, Sejarah lisan, Abdul Hamid bin Mire, UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/56405 |